7:21 PM

Swettenham Pier Cruise Terminal - Siri 1

Kita berjumpa lagi.......

Aku ditugaskan mula-mula sekali di Butterworth, keja lak dengan 3 shif, mkn tido jangan cakap la semua berterabur... aku rasa penyebab badan aku naik mcm ni pun ada kena mengena dengan profesion aku sekarang ni haha

Setelah selesa keja kat sana satu arahan dari bos besar (bukan abg besar) aku terima, aku diarahkan bertukar ke Penang untuk ambik alih abg kawasan yang ditinggalkan oleh abg kawasan terdahulu....

Maka bermula la hidup aku kat Swettenham Pier ni (sebelum terminal baru ni siap ni nama dia)

Untuk makluman semua dulu terminal ni dibina pada tahun 1903 (lama tak haha) dulu terminal ni adalah terminal pertama dibina di Penang bukan untuk kapal persiaran tetapi sebagai terminal untuk kapal-kapal kargo... Ko tak percaya tengok ni....

cuba korang tengok ni la gambar lama terminal Swettenham Pier ni masa tu gudang-gudang lama pun ada lagi.....

ni ada lagi satu picture...


ce korang tengok atas dermaga siap ada rail track lagi haha


nanti kita sambung lagi fungsi terminal ni jangan ketinggalan....

6:03 PM

Swettenham Pier Cruise Terminal - Prolog

Perlukah?......
Soalan pertama yang timbul di dalam fikiran aku, patut ka aku nak cerita benda yang lama dah jadi.......

Tetapi dengan penswastaan Penang Port dah dekat nak jadi kenyataan, aku rasa perlu aku (dulu orang kata bukukan) coretkan sesuatu untuk tatapan semua. Kat sini nak share macam mana aku mula-mula ambik alih terminal ni sampai la sekarang.....


Aku pemegang Ijazah didalam bidang komputer memang masa belajar mengadap segala "coding" termasuk bahasa komputer contohnya C++, visual basic....

Tetiba Alhamdulilah dapat keja kat Penang Port dengan jawatan "Eksekutif Pelabuhan Tadbir E5" haha ce korang tengok betapa panjang jawatan aku..... tetiba keja yang aku dapat semua langsung tak dak kena mengena dengan apa yang aku belajar betaun-taun... tapi aku tetap bersyukur... dapat gak keja kalau nak compare dengan orang lain yang duk cari-cari keja lagi.....

Tapi gaji permulaan hanya RM1000.00 ce korang bayangkan nak sebut nama jawatan makan masa seminit dua tapi gaji haha faham-faham je la. Bukan tak bersyukur tapi penah gak terfikir kalau aku ambik PTPTN masa belajar dengan gaji mcm ni mcm mana nak bayar balik tak ka haru... (nota kaki aku dapat biasiswa - so tak kena bayar balik alhamdulilah)

Nak dijadikan cerita lepas keja 2-3 bulan masa tu Southern Bank(sekarang CIMB) wat offer kata pemegang ijazah yang bekerja boleh apply kad kredit plus yuran tahunan tak kena bayar. Ce korang bayangkan tahun 2005 dulu nak apply kad kredit kena gaji kurang-kurang 3k aku dengan gaji mcm ni mana lepas.....

Dengan semangat nak membuat hutang aku pun pi buat salinan ijazah dengan 3 bulan payslip. pi bank terus buat aku hangin, mana tak budak tu siap kata panjang jawatan abg tapi awat gaji tahap keja kilang ja...cis....
Dah la kena perli siap kad kredit pun tak dapat haha padan muka aku 2 kali....

Sorry patutnya aku cita pasai terminal ni tapi mcm tak best lak tetiba cita masuk part tengah-tengah, so aku cita skit mcm mana aku menceburi kerjaya di Penang Port ini...

Ni logo lama Penang Port

Ni lak logo baru..... :-)


nanti kita sambung lagi na.....

11:57 PM

Gambar Keluarga (versi Gunung Jerai)

Ketika bercuti sempena krismas tahun lepas, sempat ambil gambar keluarga, yang menarik tentang gambar ni (bagi saya) kami semua "pose" ikut citarasa masing-masing tanpa protokol yang selalu digunakan ketika mengambil gambar seperti bediri rapat-rapat yang tinggi berdiri di belakang dan lain-lain.. tiba-tiba satu keluarga "sporting" nak ambik gambar secara rawak.. Bila tengok balik gambar ini terasa macam poster cita "Heroes" pulak..

Poster Drama Bersiri "Heroes"

Gambar Keluarga Yang Di ambil Di Gunung Jerai



*ps mungkin yang membaca artikel ini akan mengangap bahawa saya terlalu "skema" dengan bahasa, tetapi pada saya bahasa melambangkan bangsa, oleh yang demikian dengan penggunaan ayat yang betul, saya dapat mendidik.... (Wallahu a’lam )






10:56 PM

Kehidupan Yang Singkat...

Sebuah kehidupan yang singkat tak sangka sejauh mana kita mampu membawa kehidupan kita ini selamanya mungkinkan esok masih ada untuk kita menghirup udara di muka bumi ini? adakah lagi esok untuk kita sembah dan sujud kepada yangMaha Esa, adakah waktu untuk kita meluakan rasa cinta kita kepada ibu bapa kita? kepada adik-adik kita? isteri kita? berfikirlah ajal menjemput kita bila-bila masa sahaja jadi berfikirlah...

10:33 PM

Posting Matahari Terbit

Gambar ini telah diambil ketika matahari terbit di Swettenham Pier Cruise Terminal di mana gambar ini berlatarkan North Butterworth Container Terminal di Penang



  • Dlsr model Canon EOS D60

  • Tarikh gambar diambil : 17-10-2011

  • Masa : 0725 pagi (sunrise)

Jadi ini merupakan buah tangan dari saya untuk anda, semoga mendapat ketenangan....

3:15 AM

Welcome Amusement World



Kepada kapal Amusement World selamat kembali setelah 2 bulan menghilang hehe... kapal ni leh kata icon gak kat Penang hehe... so kepada sesiapa yang dah ketagih nak naik kapal ni kapal ni mula operasi balik pada 12-10-2011, punya semangat nak wat busines kapal sampai Selat Utara dari Singapore pukul 0600 pagi masuk Penang terus pukul 1100 jalan wat business... mesti full house punya la kepada En.Mugi selamat kembali bertugas hehe....

10:14 PM

Queen Mary 2

Setelah hampir sebulan persiapan dilakukan tanggal 4 Februari akhirnya tiba bersama-sama Kapal Penumpang Queen Mary 2 yang berlabuh di Penang Port Swettenham Pier Cruise Terminal.....

Keadaan kapal di tengah lautan semasa merapat ditambatan...

Ruangan menunggu untuk VIP.....

Kawasan untuk mengadakan sidang media....


Proses himpitan kapal.....



Pandangan sisi kapal Queen Mary 2......


Pandangan dari haluan kapal Queen Mary 2....

Acara sambutan yang dijalankan oleh Tourism Malaysia dan Penang Global Tourism....

Pandangan kapal Queen Mary 2 dari tengah laut......