11:57 PM

Gambar Keluarga (versi Gunung Jerai)

Ketika bercuti sempena krismas tahun lepas, sempat ambil gambar keluarga, yang menarik tentang gambar ni (bagi saya) kami semua "pose" ikut citarasa masing-masing tanpa protokol yang selalu digunakan ketika mengambil gambar seperti bediri rapat-rapat yang tinggi berdiri di belakang dan lain-lain.. tiba-tiba satu keluarga "sporting" nak ambik gambar secara rawak.. Bila tengok balik gambar ini terasa macam poster cita "Heroes" pulak..

Poster Drama Bersiri "Heroes"

Gambar Keluarga Yang Di ambil Di Gunung Jerai



*ps mungkin yang membaca artikel ini akan mengangap bahawa saya terlalu "skema" dengan bahasa, tetapi pada saya bahasa melambangkan bangsa, oleh yang demikian dengan penggunaan ayat yang betul, saya dapat mendidik.... (Wallahu a’lam )






10:56 PM

Kehidupan Yang Singkat...

Sebuah kehidupan yang singkat tak sangka sejauh mana kita mampu membawa kehidupan kita ini selamanya mungkinkan esok masih ada untuk kita menghirup udara di muka bumi ini? adakah lagi esok untuk kita sembah dan sujud kepada yangMaha Esa, adakah waktu untuk kita meluakan rasa cinta kita kepada ibu bapa kita? kepada adik-adik kita? isteri kita? berfikirlah ajal menjemput kita bila-bila masa sahaja jadi berfikirlah...