1:04 AM

Sumpah Melayu...


Berikut merupakan sumpah Melayu

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:



  • Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;

  • Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;

  • Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan

  • Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.

3:57 AM

Tsunami 2004 dalam kenangan...

Tanggal 26 Disember 2009 genap la satu malapetaka yang menggemparkan seluruh dunia, apabila hampir suku juta nyawa hilang dalam sekelip mata. Bagi yang kehilangan ahli keluarga, sanak saudara, luka dan rasa kehilangan insan yang tersayang akan terus meninggalkan kesan yang mendalam untuk sepanjang hayat...

Kejadian yang berlaku di Banda Acheh, Malaysia, Thailand, Sri Langka, Maldives, Bangladesh dan India, secara tiba-tiba perkataan "Tsunami" menjadi sebutan. Mungkin ada di antara kita sama sekali belum pernah mendengar perkataan tersebut.

Bagi saya yang sendiri melihat kejadian tersebut di depan mata sehingga hari ini perasaan takut serta trauma masih melekat di dalam diri walaupun kejadian itu sudah 5 tahun berlalu....
Pada tanggal 26 Disember 2004 bersamaan hari Ahad merupakan dari cuti berkerja walaupun saya, pada masa berkenaan masih menjalani latihan praktikal di Penang Port. Sekitar jam 8 pagi terasa sedikit gegaran, tanpa menghiraukan gegaran tersebut perancangan yang dibuat sehari sebelum itu untuk keluar memancing tetap diteruskan. Bersama-sama ayah dan adik-adik menaiki 2 motorsikal ke kawasan pantai Batu Maung. (Emak tidak turut serta)

Kawasan yang dituju agak terpencil dimana untuk sampai ke kawasan berkenaan perlu mendaki 1 bukit hanya motosikal yang boleh digunakan untuk sampai ke tempat tersebut.
Ketika tiba dikawasan berkenaan kelihatan sekumpulan 6-7 orang kanak-kanak India sedang mandi laut. Rezeki hari itu agak kurang, secara tiba-tiba kelihatan satu garisan putih memanjang di tengah laut.(gambar 1) terus memanggil ayah yang ketika itu berada di gigi air laut sedang menjala ikan. Diberitahu bahawa itu merupakan ombak. Hampir 1 Km garisan putih itu menghampiri pantai satu bunyi bising seakan-akan guruh mula kedengaran.
Perasaan takut secara tiba-tiba wujud, terus mula berkemas. Ketika garisan putih tersebut menghampiri pantai (gambar2) suasana bertukar kecoh. Air laut yang menderu membawa sampah membadai pantai tanpa belas kasihan...

Ketika keadaan kelam kelabut itu adik perempuan terjatuh dan mengalami sedikit kecederaan di siku tangan.Terus pulang kerumah dan kejadian "Tsunami" menjadi "Hot News" di semua media eletronik.

2 Gambar di bawah merupakan gambar yang diambil ketika "Tsunami" membadai pantai sekatar Batu Maung.


Gambar 1

Gambar 2




3:33 PM

Bermulanya Sebuah Kehidupan.....


Agak lama diperlukan oleh saya untuk menulis artikel dalam blog ini, mungkin kerana sedikit rasa malu untuk menulis, mungkin juga kerana tuntutan kerja yang setiap hari yang menyesakkan....



Membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana tapi meriah memang menyeronokkan. Lahir pada tanggal 18 Disember 1984 anak sulung dari 3 orang adik beradik.... Saya mula bersekolah secara formal di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas seterusnya ke Sekolah Menengah Abdullah Munshi. Melanjutkan pelajaran ke Institut Perkim Goon sekarang dikenali sebagai PTPL.



Kehidupan di sekolah rendah adak susah nak dinukilkan di sini kerana banyak memori serta kenangan hampir luput dalam ingatan, mungkin disebabkan tempoh masa yang hampir 15 tahun berlalu....



Proses pembelajaran di sekolah menegah agak menarik banyak kenangan dan memori masih segar dalam ingatan... antaranya semasa berada di tingkatan 2, mungkin masa itu semangat nak berniaga tengah berkobar-kobar, saya menjual nasi lemak di sekolah.. Mula-mula malu pun ada, tapi cuba bayangkan permintaan setiap hari mencecah 30 ke 40 bungkus (sebungkus rm 1.00) secara tiba-tiba perasaan malu itu hilang... Sampai satu tahap saya tinggalkan semua buku pelajaran dibawah meja kelas, kalau ada kerja rumah saya bawa balik gak. Cuba bayangkan saya ke sekolah bawa beg yang selalu kita guna bawa pakaian he he... maklumla 30 bungkus sehari nak pegang dari rumah penat jugak. Jarak dari rumah ke sekolah sekitar 25 ke 30 km nasib baik ayah hantarkan kalau naik bas faham-faham la.



Ada pesanan terpaksa ditolak kerana tak mampu nak bawa ke sekolah, ada juga pesanan yang diterima daripada cikgu tapi tak selalu. Jatuhnya perniagaan ini disebabkan makcik kantin membuat laporan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (jeles kot) yang tak sedapnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tu tok menakan saya.... Saya dipanggil mengadap dan dinasihatkan untuk menamatkan perniagaan ini...


Rasanya sampai sini saja akan bersambung...(mcm drama melayu plak)

9:28 PM

Gambar Berdua....




9:07 PM

Sekitar Majlis Pertunangan....











9:29 PM

Hari Pertunangan 5-Disember 2009

Kepada semua pihak yang terlibat semasa Majlis Pertunangan Pada 5 Disember 2009 jutaan terima kasih diucapkan dari Hazwan & Farhainis....



Dari Ayah, Mak & Adik-adik


Hantaran Dari Kak Ngah Sekeluarga


Hantaran Dari Abg Long & Kak Ila


Hantaran Dari Anjang Sekeluarga


Hantaran Dari Pak Lang Sekeluarga


Hantaran Dari Acik Sekeluarga


Hantaran Dari Acu Sekeluarga


Hantaran dari Mak Lang & Kak Ngah








10:16 PM

Gambar Yang Jarang Kita Lihat......



































































4:57 AM

Lukisan Jalanan......





























Menakjubkan..... mcm real jer

8:40 PM

Untuk Renungan Bersama....

Renungan Untuk Kita Semua....

Semasa orang tua mengilap kereta baru nya anak nya berumur 4 tahun mengambil batu dan menconting garisan pada muka sebelah kereta itu.

Dengan marah orang tua itu menangkap tangan anak nya dan memukul nya banyak kali dengan tidak sedar dia menggunakan spanner.

Di hospital anak itu hilang kesemua jari-jari nya di kerana oleh banyak keretakan.

Bila anak itu melihat bapa nya dengan penglihatan yang sakit bertanya, "Ayah, bila jari-jari saya akan tumbuh balik?" Orang tua itu merasa benar-benar sebak dan tidak berkata apa-apa dan dia balik kepada kereta nya dan menendang kereta itu berulang kali.

Menyesal atas perbuatan nya itu.... Dia duduk in hadapan kereta nya dia melihat pada contingan itu; anaknya telah mengukir 'SAYA SAYANG AYAH'.

Pada hari berikutnya orang tua itu membunuh dirinya....

Kemarahan dan Kasih Sayang tidak ada batasan; pilih lah yang betul untuk mempunyai hari-hari hidup yang penuh dengan kecantikan dan kehidupan berkasih sayang.

Benda ada lah untuk di pakai dan manusia ada untuk di sayangi tetapi masalah dunia pada hari ini ialah, manusia untuk di pakai dan benda untuk di sayangi...

Pada tahun sekarang ini, baik berjaga-jaga untuk memikirkan pada minda: Benda ada lah untuk di pakai tetapi Manusia ada lah untuk di Sayangi.... Menjadi lah diri sendiri... Ini lah hari yang kita ADA sahaja.

Jaga minda kita; itu menjadi bahasa.
Jaga bahasa kita; itu menjadi pekerjaan.
Jaga pekerjaan kita; itu menjadi tabiat.
Jaga tabiat kita; itu menjadi tingkah laku.
Jaga tingkah laku kita; itu menjadi hala tuju Kehidupan ada lah indah....
Jaga diri dan Allah akan memberkati...insya'allah.!

11:13 PM

Kurniaannya.......

Beberapa suasana pemandangan matahari terbit dan terbenam semasa bertugas yang sempat dirakam....
Matahari terbit (BCT) 25 September 2008

Matahari Terbit (BCT) 13 Oktober 2008

Matahari Terbenam (BWCT) 9 Januari 2009


Matahari Terbenam (BWCT) 10 Januari 2009



2:56 AM

Sekitar Jamuan Hari Raya Penang Port Kargo 3-10-2009

Kira-kira tengah bincang la ni he he.....

Dengan Khairi kawan kejer....

Makan jangan tak makan....



Keluarga En.Zamry....


12:20 PM

Kenangan.....

Berikut merupakan gambar yang diambil semasa ke Kg.Kastam Pulau Pinang gambar-gambar ini memberi seribu satu kenangan kepada seluruh keluarga Arwah Che Man...



Rumah pertama yang didiami sebelum pindah ke rumah bernombor 631....



Permandangan di laluan yang sering digunakan dahulu ke kawasan rumah.....

Di hadapan rumah bernombor 631... kenangan......


Gambar sisi dari jarak dekat....




Gambar sisi....