10:14 PM

Queen Mary 2

Setelah hampir sebulan persiapan dilakukan tanggal 4 Februari akhirnya tiba bersama-sama Kapal Penumpang Queen Mary 2 yang berlabuh di Penang Port Swettenham Pier Cruise Terminal.....

Keadaan kapal di tengah lautan semasa merapat ditambatan...

Ruangan menunggu untuk VIP.....

Kawasan untuk mengadakan sidang media....


Proses himpitan kapal.....



Pandangan sisi kapal Queen Mary 2......


Pandangan dari haluan kapal Queen Mary 2....

Acara sambutan yang dijalankan oleh Tourism Malaysia dan Penang Global Tourism....

Pandangan kapal Queen Mary 2 dari tengah laut......






3:19 AM

Minggu yang menyesakkan....

Cuma nak berkongsi kehidupan saya pada minggu ini yang agak sesak dan memenatkan.

Bermula dengan sesi temuduga kenaikkan pangkat pada 13hb dan sesi mesyuarat yang tak henti-henti setiap hari.

Pada sesi temuduga yang berlangsung hampir satu jam, amat menyesakkan dengan soalan yang bertubi-tubi dari 4 orang panel. Alhamdulilah telah buat yang terbaik, selain itu serahkan kepada Allah SWT.

Sesi menyuarat yang tak menampakkan akan reda cukup membuat jadual harian menjadi kacau bilau.

Hari ini secara tiba-tiba telefon bimbit rosak... Hantar ke kedai diberitahu akan mengambil masa hampir sebulan untuk dibaiki...

Harapnya semua yang dirancang sepanjang minggu ini akan berjalan lancar hendaknya....

6:08 PM

Isu Penggunaan Kalimah Allah SWT

Nampaknya isu penggunaan kalimah Allah SWT oleh penganut agama kristian semakin hangat dimana 3 gereja dilontar dengan bom petrol. Semua pihak diminta bersabar dan jangan mengikut emosi, mungkin Titah Seri Paduka Baginda perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

Dimana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizal Zainal Abidin menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat ibadat tanpa mengira kaum. Keharmonian yang telah lama kita bina perlu kita pertahankan.

Mungkin penganut agama lain perlu memikirkan semula untuk menyetuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.... Jangan sesekali mencabar Agama Islam dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu serta Kepentingan Orang Melayu....