3:57 AM

Tsunami 2004 dalam kenangan...

Tanggal 26 Disember 2009 genap la satu malapetaka yang menggemparkan seluruh dunia, apabila hampir suku juta nyawa hilang dalam sekelip mata. Bagi yang kehilangan ahli keluarga, sanak saudara, luka dan rasa kehilangan insan yang tersayang akan terus meninggalkan kesan yang mendalam untuk sepanjang hayat...

Kejadian yang berlaku di Banda Acheh, Malaysia, Thailand, Sri Langka, Maldives, Bangladesh dan India, secara tiba-tiba perkataan "Tsunami" menjadi sebutan. Mungkin ada di antara kita sama sekali belum pernah mendengar perkataan tersebut.

Bagi saya yang sendiri melihat kejadian tersebut di depan mata sehingga hari ini perasaan takut serta trauma masih melekat di dalam diri walaupun kejadian itu sudah 5 tahun berlalu....
Pada tanggal 26 Disember 2004 bersamaan hari Ahad merupakan dari cuti berkerja walaupun saya, pada masa berkenaan masih menjalani latihan praktikal di Penang Port. Sekitar jam 8 pagi terasa sedikit gegaran, tanpa menghiraukan gegaran tersebut perancangan yang dibuat sehari sebelum itu untuk keluar memancing tetap diteruskan. Bersama-sama ayah dan adik-adik menaiki 2 motorsikal ke kawasan pantai Batu Maung. (Emak tidak turut serta)

Kawasan yang dituju agak terpencil dimana untuk sampai ke kawasan berkenaan perlu mendaki 1 bukit hanya motosikal yang boleh digunakan untuk sampai ke tempat tersebut.
Ketika tiba dikawasan berkenaan kelihatan sekumpulan 6-7 orang kanak-kanak India sedang mandi laut. Rezeki hari itu agak kurang, secara tiba-tiba kelihatan satu garisan putih memanjang di tengah laut.(gambar 1) terus memanggil ayah yang ketika itu berada di gigi air laut sedang menjala ikan. Diberitahu bahawa itu merupakan ombak. Hampir 1 Km garisan putih itu menghampiri pantai satu bunyi bising seakan-akan guruh mula kedengaran.
Perasaan takut secara tiba-tiba wujud, terus mula berkemas. Ketika garisan putih tersebut menghampiri pantai (gambar2) suasana bertukar kecoh. Air laut yang menderu membawa sampah membadai pantai tanpa belas kasihan...

Ketika keadaan kelam kelabut itu adik perempuan terjatuh dan mengalami sedikit kecederaan di siku tangan.Terus pulang kerumah dan kejadian "Tsunami" menjadi "Hot News" di semua media eletronik.

2 Gambar di bawah merupakan gambar yang diambil ketika "Tsunami" membadai pantai sekatar Batu Maung.


Gambar 1

Gambar 2




0 comments:

Post a Comment