3:33 PM

Bermulanya Sebuah Kehidupan.....


Agak lama diperlukan oleh saya untuk menulis artikel dalam blog ini, mungkin kerana sedikit rasa malu untuk menulis, mungkin juga kerana tuntutan kerja yang setiap hari yang menyesakkan....



Membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana tapi meriah memang menyeronokkan. Lahir pada tanggal 18 Disember 1984 anak sulung dari 3 orang adik beradik.... Saya mula bersekolah secara formal di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas seterusnya ke Sekolah Menengah Abdullah Munshi. Melanjutkan pelajaran ke Institut Perkim Goon sekarang dikenali sebagai PTPL.



Kehidupan di sekolah rendah adak susah nak dinukilkan di sini kerana banyak memori serta kenangan hampir luput dalam ingatan, mungkin disebabkan tempoh masa yang hampir 15 tahun berlalu....



Proses pembelajaran di sekolah menegah agak menarik banyak kenangan dan memori masih segar dalam ingatan... antaranya semasa berada di tingkatan 2, mungkin masa itu semangat nak berniaga tengah berkobar-kobar, saya menjual nasi lemak di sekolah.. Mula-mula malu pun ada, tapi cuba bayangkan permintaan setiap hari mencecah 30 ke 40 bungkus (sebungkus rm 1.00) secara tiba-tiba perasaan malu itu hilang... Sampai satu tahap saya tinggalkan semua buku pelajaran dibawah meja kelas, kalau ada kerja rumah saya bawa balik gak. Cuba bayangkan saya ke sekolah bawa beg yang selalu kita guna bawa pakaian he he... maklumla 30 bungkus sehari nak pegang dari rumah penat jugak. Jarak dari rumah ke sekolah sekitar 25 ke 30 km nasib baik ayah hantarkan kalau naik bas faham-faham la.



Ada pesanan terpaksa ditolak kerana tak mampu nak bawa ke sekolah, ada juga pesanan yang diterima daripada cikgu tapi tak selalu. Jatuhnya perniagaan ini disebabkan makcik kantin membuat laporan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (jeles kot) yang tak sedapnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tu tok menakan saya.... Saya dipanggil mengadap dan dinasihatkan untuk menamatkan perniagaan ini...


Rasanya sampai sini saja akan bersambung...(mcm drama melayu plak)

0 comments:

Post a Comment