3:19 AM

Minggu yang menyesakkan....

Cuma nak berkongsi kehidupan saya pada minggu ini yang agak sesak dan memenatkan.

Bermula dengan sesi temuduga kenaikkan pangkat pada 13hb dan sesi mesyuarat yang tak henti-henti setiap hari.

Pada sesi temuduga yang berlangsung hampir satu jam, amat menyesakkan dengan soalan yang bertubi-tubi dari 4 orang panel. Alhamdulilah telah buat yang terbaik, selain itu serahkan kepada Allah SWT.

Sesi menyuarat yang tak menampakkan akan reda cukup membuat jadual harian menjadi kacau bilau.

Hari ini secara tiba-tiba telefon bimbit rosak... Hantar ke kedai diberitahu akan mengambil masa hampir sebulan untuk dibaiki...

Harapnya semua yang dirancang sepanjang minggu ini akan berjalan lancar hendaknya....

1 comments:

Anonymous said...

alala cian kat cik wan kite neyh.. setiap y jd ada hikmahnyer.. heheh.. always be by ur side..

Post a Comment